Tarian Bulan

Tarian Bulan
Авторы книги: id книги: 1908755     Оценка: 0.0     Голосов: 0     Отзывы, комментарии: 0 393,35 руб.     (4,34$) Читать книгу Купить и скачать книгу Купить бумажную книгу Электронная книга Жанр: Ужасы и Мистика Правообладатель и/или издательство: Tektime S.r.l.s. Дата добавления в каталог КнигаЛит: ISBN: 9788835416401 Скачать фрагмент в формате   fb2   fb2.zip Возрастное ограничение: 0+ Оглавление Отрывок из книги

Реклама. ООО «ЛитРес», ИНН: 7719571260.

Описание книги

Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi disebalik kehidupan harian biasa. Dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah menari di kelabnya. Devon bersumpah menjadikan wanita itu miliknya. Kehidupan Envy dulunya hebat. Seorang abang yang hebat, teman lelaki yang hebat, dan pekerjaan terbaik bagi seorang gadis, menjaga bar di kelab paling popular di bandar. Sekurang-kurangnya ia memang hebat sehinggalah dia mendapat panggilan dari salah seorang sahabat baiknya tentang teman lelakinya melakukan limbo melintang di lantai tari di kelab Tarian Bulan. Keputusannya untuk berdepan dengan teman lelakinya menjadi titik pemulaan berlakunya pelbagai peristiwa yang memperkenalkan Envy kepada dunia paranormal yang berbahaya, tersembunyi di bawah kehidupan harian yang riuh-rendah. Satu dunia di mana manusia boleh berubah menjadi harimau kumbang, pontianak di dunia sebenar yang berkeliaran di jalanan, dan malaikat yang memberontak berjalan dalam kalangan manusia. Devon adalah harimau kumbang jadian, sedikit kasar sikapnya dan salah satu rakan kongsi kelab Tarian Bulan. Dunianya mula berubah apabila dia mengintip seekor musang betina berambut merah yang menggoda, menari di kelabnya, bersenjatakan perenjat elektrik dan berhati sinis. Dengan peperangan pontianak yang bermaharajalela di sekitar mereka, Devon bersumpah untuk menjadikan wanita itu miliknya… dan akan berjuang sepenuh tenaga untuk memilikinya.

Оглавление

Amy Blankenship. Tarian Bulan

Table of Contents

Prolog

Bab 1

Bab 2

Bab 3

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bab 10

Bab 11

Bab 12

Bab 13

Отрывок из книги

Taman Negara Angeles adalah rumah bagi kugar yang berbahaya dan jaguar import yang berkeliaran di hutan yang luas itu. Kadangkala, pada malam yang terang, bilangan mereka bertambah apabila haiwan jadian LA, atau pengubah bentuk seperti yang dikenali dalam dongeng rakyat, merayau-rayau di kalangan saudara-mara jauh mereka di tanah yang tak bertuan ini. Pada malam-malam seperti inilah penghuni sebenar hutan akan tetap berada di sarang masing-masing sementara pemangsa dari bandar menjajah teritori mereka, cukup lama untuk memburu, atau jarang sekali berlaku, menyelesaikan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di kawasan yang dihuni manusia.

Tiada yang lebih ganas daripada pergaduhan yang berlaku antara haiwan-haiwan jadian itu dan, jika salah satu dari mereka tercedera, ianya sama berbahaya kepada sisi manusia yang juga menjadi sebahagian dari sisi haiwan dalam diri mereka. Untuk melindungi manusia di tempat mereka tinggal bersama, masalah dalam kalangan makhluk jadian, seboleh mungkin, diselesaikan di luar kawasan yang dihuni manusia dan tempat terbaik adalah di hutan dalam, tempat asal medan perburuan.

.....

Oleh kerana pistol dan lencananya sudah ada dalam keretanya, Chad menyambar perenjat elektrik kecil dan menyelitnya ke dalam bahagian belakang tali pinggang seluarnya. Dengan begitu banyak perkara buruk yang terjadi disitu, dia mahu Envy memilikinya kalau-kalau sesuatu perkara yang tisak kena berlaku semasa mereka di dalam kelab itu.

Keluar dari biliknya, dia memandang ke arah laluan dihadapannya dan pandangannya terhenti serta merta apabila melihat adiknya. Skirt kulit berwarna hitam dengan renda terjuntai keluar dibahagian bawah pada paras separuh peha menutup kakinya dan dipakai dengan baju berenda hitam paras atas pusat. Hanya terdapat beberapa tompokan kain kulit di bahagian yang penting… cukup untuk menyembunyikan buah dadanya dan mendedahkan pusat dan pinggangnya yang ramping.

.....

Добавление нового отзыва

Комментарий Поле, отмеченное звёздочкой  — обязательно к заполнению

Отзывы и комментарии читателей

Нет рецензий. Будьте первым, кто напишет рецензию на книгу Tarian Bulan
Подняться наверх