Читать книгу Satu Malam Di Annwn - Owen Jones - Страница 6

Оглавление

1 2 PERJALANAN WILLY

William menunduk ke bawah walaupun terasa sakit belakang untuk mengkaji tanah itu. Cuma ada sedikit hujan hari sebelumnya dan dia tidak perlu menyusahkan diri dengan rumput basah atau lumpur licin. Ianya masih lembut bila disentuh, jadi dia memilih untuk berjalan atas jalanraya pada hari itu dan bergerak ke atas menuju puncak bukit di mana mereka tinggal. Bukan dia sahaja yang ada kebun di bukit ini, tapi tiada yang lagi tinggi dari kebunnya, jadi dari situ hingga ke atas, dia anggapnya sebagai ‘Puncak Jones’, walaupun cuma panggilan, bukan undang-undang.

Keluarganya telah tinggal di situ sekurang-kurangnya selama lapan generasi mengikut Kitab keluarga, tarikh terawal ialah 1742. Semua generasi Jones dan ahli keluarganya. Cuma yang berubah dalam ribuan tahun adalah jalanraya, yang dibiaya kerajaan di awal Perang Dunia ke Dua untuk mereka memandu pasukan peninjau ke atas puncak untuk meninjau kedatangan kapalterbang-kapalterbang Jerman yang licik.

Ianya hanya membuang masa dan wang dan cuma simbolik pada perang itu sahaja. Orang yang bermanafaat untuk jalanraya itu cuma keluarganya, walaupun semasa itu, datuk dan neneknya tidak mahukannya kerana ia akan menggalakkan pelancong dan orang luar yang tidak dikehendaki. Mereka tidak sepatutnya risau. William jarang berjumpa satu atau dua kereta sebulan dan ianya selalunya kepunyaan orang kampung yang membawa anjing mereka jalan-jalan atau pergi berkelah dengan keluarga.

Dia dan isterinya, Sarah, lakukan yang sama dengan Becky anak mereka semasa masih di sekolah. Mereka akan cari masa untuk keluar, kerana itu adalah kelegaan buat mereka, setidak-tidaknya sekali sebulan. Dia tidak pernah mempunyai kereta, jadi ianya bergantung banyak pada cuaca yang tidak menentu seperti lautan.

Pergunungan merupakan pendinding yang baik kepada angin yang kuat dari cuaca Atlantik, tapi angin itu, kabus dan hujan yang mengikutinya turun ke atas Puncak Jones, dan turun bukit itu untuk meliputi kampung itu, yang dia boleh lihat dalam tiga puluh minit ia melingkungi bahagian bengkang bengkok yang mereka lalui semasa mendaki tadi.

Dia memeriksa galasnya dan berdiri tegak. Dia kebelakangan ini merasa cenderung untuk berbongkok jika dia tidak sentiasa berhati-hati. Dia tidak mahukan itu. Dia gunakan tongkat, sebagaimana yang selalu dibuat, sejak dari kecil. Kamu bukan seorang gembala yang bagus atau pejalan bukit amatur jika tiada tongkat yang baik. Di zaman dahulu, dia gunakannya untuk halau ular yang sekali-sekala muncul dan memukul biri-biri yang sesat, tapi bukan digunakan untuk berjalan, bukan macam sekarang.

Dia melihat Kiddy berlari ke depan seberang jalan - sisi yang lebih selamat, jauh dari pinggir bukit. Anjingnya tidak kisah tentang pemandangan ke bawah sepertinya dan memilih rumput lembut bawah kakinya. Dia terhidu sesuatu dan sedang mencari sumbernya belakang batu-batu kecil dan besar yang memenuhi kawasan itu. Anjingnya sudah berumur dua belas tahun, dan secara teknikalnya lebih tua darinya hampir dua puluh tahun, tapi masih mampu bergerak pantas. Secepat kilat bila dia terangsang untuk mengejar sesuatu. Selalunya arnab atau binatang kecil lain, sesekali juga ular.

Ianya lebih dari apa yang dia larat untuk buat masa ini, dia fikirkan dengan sedih. Dia tidak mampu kejar gadis cantik pun sekarang, yang lebih parah, dia tiada keinginan pun… ke mana semua tenaganya pergi? Dia mampu berlari ke atas dan bawah bukit ini sebanyak yang dia mahu berdekad lamanya dan sekarang dia bermasalah berjalan ke atas di bahagian terakhir dengan belakang yang lurus dan tongkat.

Pada masa ini, semasa dia keseorangan, yang selalu sekarang, membuatnya berfikir untuk apa semua ini padanya.

Dalam seratus ela, dia akan sampai ke batu besar di mana dia pertama kali cium Sarah, dan dua tahun kemudian Sarah terima pinangannya dan membuatnya seorang yang paling gembira. Dia tidak pernah beritahu sesiapa berkenaan batu itu, sebab dia pasti ayahnya akan beritahunya yang ianya tidak berasal dari situ; yang jengkaut askar telah tolak semua batu-batu ke tepi jalan sebab malas membawanya ke bawah.

Ayahnya akan menyebut sesuatu yang akan mengacau memorinya dan impiannya yang batu itu ada di situ selama-lamanya, atau setidaknya sejak zaman Ais Purba, yang padanya cukup lama untuknya sebagai romantik. Dia tidak pernah menyaksikan ketika yang baik antara datuk dan neneknya, di kedua-dua belah, atau juga ibubapanya sendiri. Mereka jenis yang lasak, keras, tidak mengarut, sesuai dengan zaman mereka, walhal dia membesar dalam keadaan kaya semasa lepas perang di mana ada harapan dan kekayaan. Ianya tidak pun terpengaruhi atau sampai ke bukit ini, tapi jelas dalam media bahawa oder Dunia Baru telah bermula.

“Sudah sampai masanya!” dia ingat ayahnya berkata satu hari. “Saya harap ianya lebih baik dari dulu!”. Ibunya memarahi ayahnya yang mencarut dan dia pun ambil paipnya ke laman belakang ‘untuk sedikit keamanan’.

Dia syukur sampai ke batu besar dan duduk. Kiddy letakkan kakinya ke atas permukaan di sebelahnya, renungnya dengan mata yang masih bersinar, diselubungi bulu putih-kelabu dan menjelir. William juga hampir menjelir, tapi dia gosok bulu anjingnya, sebagaimana dibuat pada Sarah bertahun lamanya dulu, dan anjingnya segembira dengan bakal isterinya semasa itu.

“Kamu perempuan baik. Kamu memang perempuan baik memang baik. Perempuan baik!” dan Kiddy nampak puas dengan pujian itu dengan menjilat tangan tuannya. Dia meninjau seberang jalan yang sempit itu dan lembah yang luas selepasnya. “Ibu dan Ayah saya pernah beritahu yang ahli sihir, bunian dan pari-pari hidup di bukit-bukit dan lembah-lembah ini… dan datuk dan nenek pernah nampak! Dan saya percaya mereka…” katanya pada anjingnya. “Sehingga saya dewasa dan berpendidikan”.

“Saya tidak mahu dilihat sebagai seorang budak petani yang bodoh semasa itu… Saya seorang Lelaki Baru dalam Dunia Baru dan Dunia Lama hanya untuk orang-orang tua yang bodoh. Ya, dan ahli-ahli sihir itu juga dan Keluarga Fair - Y Tylwyth Teg. Tapi, ianya kelakar, kamu tahu, Kiddy, perempuanku, lagi tua saya jadi lebih jelas cerita-cerita lama itu pada saya… dan sekarang? Saya mula mempercayainya semula”.

“Adakah kamu bersama Orang-orang Fair, sayangku Sarah atau kamu kembali ke pondok. Saya bersungguh-sungguh rasakan yang kamu duduk sebelah saya atas batu cinta kita sekarang…”.

Tangisannya tidak menjadi, tapi dia fikir ianya akan menjadi pada orang yang ‘Biasa’. ‘Terlalu banyak Da dalamku untuk menangis di khalayak ramai!’ jeritnya kuat, tapi cuma kerana tiada sesiapa pun berbatu-batu di sekelilingnya.

“Saya ialah orang tua bodoh tolol, itulah saya, kan, Kiddy? Seorang bodoh, tolol yang tua… Marilah, kita bergerak semula”.

Dia turun dari batu berdiri dan anjingnya meletakkan kakinya ke peha tuannya, mengharapkan belaian dan menggoncang ekornya sebab dia dapat rasakan perasaan tuannya kembali tenang. Mereka mula berjalan dan dia betulkan posisi tubuhnya semula.

Lebihkurang tiga puluh minit kemudian, mereka berjalan merentas permukaan konkrit di atas Puncak Jones, atau Bryn Teg - Bukit Fair - namanya yang sebenar. Matlamatnya ialah bangku di bucu lapisan konkrit. Dalam kenangan terawalnya pada puncak bukit itu, satu bangsal kecil di mana askar pemerhati boleh berteduh dari cuaca buruk masih ada di situ dan bila ianya lama tidak digunakan, pacar-pacaran pun mengambil alih.

Selepas bertahun dirunguti ibubapa-ibubapa, dan beberapa perkahwinan paksa, majlis perkampungan meruntuhkannya. Dia masih tersenyum bila teringat surat yang dihantar seseorang pada kolum pendapat pembaca. Dia anggap bangsal itu seperti jerawat di atas kepala orang separa tua yang botak. Tapi jerawat itu sudah hilang sekarang dan untuk kenangan sejarah diletakkan bangku taman di situ. Jika kamu duduk dengan membelakangi pergunungan, kamu akan rasa seperti duduk di puncak dunia dan boleh melihat berbatu-batu jauhnya.

Untuk pacar-pacaran bercinta, mereka masih lagi ke sana tapi semuanya memandu kereta sekarang, dan menggunakan kontraseptif, atau kebanyakkannya sahaja.

Ianya satu hari yang baik. Terdapat angin lembut yang tidak dapat dielakkan, tapi ianya sangat lembut. Ia membuatkan rambutnya merembang, tapi ianya menyegarkan dan membuatnya gembira untuk hidup semula, walaupun dia tahu perasaan ini cuma sekejap. Sebaik sahaja mereka meninggalkan tempat ajaib itu, dia akan berfikir untuk apa semua ini semula. Dia tahu bila dia ada keluarga, tapi dia tidak ingat lagi.

“Marilah, perempuan manisku, kita turun kembali”. Itu adalah isyarat untuk anjingnya diberi hadiah sebelum pulang. William selalunya bawa sebiji epal atau sebuku coklat bersamanya untuk tenaga untuk perjalanan pulang dan dia selalunya beri anjingnya biskut juga. Anjingnya merapatinya sambil mengerak-gerakkan ekornya penuh harapan.

“Perempuan baik, Kiddy”, dia belai kepala anjingnya sebelah tangan sementara ia makan biskut di tangan sebelah lagi. “Itu sahaja yang ada, jom kita pergi”.

Sedang William bangun, sebuah kereta muncul di atas konkrit dan memancarkan lampu. Seorang lelaki baya William keluar dan juga seorang gadis.

“Hello, Bill. Selalunya saya datang sini dan tidak jumpa sesiapa. Walaupun begitu, saya gembira bertemu kamu sebenarnya. Ianya hari lahir saya dan saya akan menyambutnya di pub kampung. Saya sedang menunjukkan cucu saya pemandangan yang indah dari bukit ini, selepas itu bawa dia pulang dan terus ke bawah. Kamu nak ikut?”.

“Saya tidak pasti, Dai. Selamat Hari Lahir untukmu”. Dia melambai ke gadis di sebelah kereta sambil membelai anjingnya.

“Marilah, saya tumpangkan kamu dan anjingmu naik kereta. Lebih baik dari menonton TV siang hari, kan?”.

“Ianya pasti tanpa ragu-ragu. Ya, marilah. Anak perempuan saya ada bertanya jika saya ingin turun pagi tadi. Saya beritahu ‘Tidak, saya akan buatnya esok’, tapi ini adalah sebab yang baik untuk tukar pendirian. Marilah!”.

“Bagus! bagus! Jika kamu ada telefon saya sudah menelefonmu untuk jemput, tapi kamu tiada kan?”.

“Jangan risau! Ianya membazir duit sahaja, kawan… Tidak berfungsi pun. Tiada sambungan, tiada elektrik separuh masa juga”.

“Tidak, dunia sini sudah dilupai masa, itulah tempat kamu tinggal. Ia seperti seratus tahun dulu yer… mungkin dua ratus…”.

“Jika tiada sekeping konkrit ini, tiada apa yang berubah selama ribuan tahun, Dai, ribu-ribuan”.

Bila Dai sudah menunjukkan cucunya sekeliling puncak bukit itu, dia janji berinya ais krim dan mereka semua masuk kereta untuk turun.

“Anjing tua kamu busuk sedikit, kan, Bill? Tidakkah kamu rasa ianya masa mandikannya?”.

“Tidak, saya tidak mahu! Dia seekor perempuan pekerja kebun, bukan jenis manja. Dia mahu berbau seperti anjing supaya anjing lain menyukainya, bukan seperti anjing bandar. Kamu tidak boleh jumpa anjing yang bersedia lompat ke dalam sungai seperti si tua Kiddy, tapi saya tidak akan letak bedak dan pewangi ke atasnya untuk orang lain fikir dia berbau harum. Saya tidak percaya pada memanjakan anjing.

“Dia seekor anjing, dan jika kamu suka anjing, kamu harus terima hakikat yang anjing tidak berbau seperti kita”.

Dai memandang kawannya dan bersetuju, tapi mengandai bahawa kawannya juga perlu sedikit ‘pemanjaan’.

Dai pandu melepasi satu kedai dekat kampung, beli ais krim untuk cucunya dan bawanya pulang ke rumah, selepas itu mereka berjalan sedikit ke bawah bukit ke ‘Bryn Teg’, rumah awam kampung itu. Ianya sudah hampir pukul empat.

William memasuki pub itu dahulu, tapi berpusing untuk memegang pintu terbuka untuk kawannya tanpa melihat ke dalam. Semasa Dai berjalan masuk, suara ‘Selamat Hari Lahir’ bergema. Mereka berdua melihat sekeliling bar kekaguman pada hiasan dan kelengkapan. Tuan dan puan rumah, Harry dan Joyce, memulakan nyanyian hari lahir diikuti dengan sepuluh atau dua belas lelaki dan wanita, semuanya dalam lingkungan umur bersara.

“Sebenarnya saya terkejut!” katanya pada semua sambil dia dan William ambil bangku dekat bar dan Kiddy duduk bawah meja dekat pintu seperti biasa.

“Segelas benda pahit, Dai?” tanya Harry.

“Ya, silakan, Harry. Siapa buat semua ini?”.

“Ianya cadangan Joyce, tapi beberapa kawan-kawanmu menolong kami menghias tempat ini. Benda pahit untuk kamu juga, Bill?”.

“Aye, terimakasih, Harry. Saya dapatkannya”.

“Selamat Hari Lahir, kawan!” katanya sambil melagakan gelasnya dengan gelas kawannya bila minuman mereka sampai, “dan banyak lagi”.

“Terimakasih, Bill. Semoga majujaya, kawan. Saya gembira kamu datang. Saya tidak menjangkakan semua ini dan itulah kebenaran. Terimakasih dengan segala kepayahan untuk hari lahirku, semua orang”, katanya berdiri dan mengangkat gelasnya kepada semua. “Saya tidak pernah ada majlis hari lahir sejak anak-anak keluar rumah. Ianya satu fikiran baik. Terimakasih, Joyce”.

Bila kegembiraan awal disebabkan kemasukkan Dai mula menurun, kebanyakkan lelaki balik menonton perlawanan bola ulangtayang, sementara yang lain bertukar cerita berkenaan kehidupan kampung dan pertanian di bukit secara am.

“Mahu main Crib, Dai?”.

“Mestilah. Pertaruhan biasa?”.

“Aye, satu mata sepuluh sen. Harry, daun terup, silakan”.

Harry menggangguk dan mencapai terup. Dia tahu apa yang mereka mahu sebab mereka main Crib bersama selama sembilan belas tahun dia menjadi tuan rumah Bryn Teg, dan dia diberitahu yang mereka sudah mainnya selama yang sama sebelum dia mengambil alih rumahnya.

“Patutkah saya beri Kiddy yang selalu?” tanya Harry.

William melihat ke atas bahunya ke anjingnya yang lidahnya terkeluar, dan ekornya bergerak-gerak bila dia memberikan ia perhatian.

“Ya, silakan, Harry. Itu gajinya untuk menunggu saya, dan dia sudah menjangkakannya”.

“Berapa lama dia sudah kemari? Sepuluh tahun?”.

“Dua belas, tapi dia bukannya selalu sehingga saya jual semua biri-biri lima tahun lepas”.

“Dua belas tahun, ke? Cepatnya masa berlalu?” katanya sambil tuang benda pahit ke dalam mangkuk yang William tinggalkan di belakang bar untuk anjingnya, dan ditambah air. Dia letakkannya dan sebungkus kerepek perisa dendeng babi salai atas bar dan berjalan mengelilingi kaunter.

“Itu dia, perempuan tua”, katanya sambil meletakkan mangkuk itu di atas akhbar semalam dan kosongkan bungkusan kerepek atasnya. Kiddy sabar menunggu, ekornya menari-nari dan lidahnya terjelir-jelir. Sebaik sahaja Harry habis membelai kepalanya, dia terus membaham habuannya.

“Saya suka buat itu padanya. Saya sebenarnya mengharapkannya” kata tuan rumah yang baik hati itu.

Petang itu berlalu dengan cepat, dan selepas beberapa permainan, yang kebanyakkannya dimenangi Dai untuk duit kopi, William sudah bersedia untuk pulang.

“Belum sedia pulang, Bill?”.

“Aye, saya sudah minum tiga gelas dan dua jam dan dia dapat duit saya - nasib budak hari lahir, jadi ianya masa untuk pulang”.

“Aw, marilah, saya baru kali ini menang. Saya beritahu kamu, duduklah lagi sejam dan bukan sahaja saya belanja segelas, saya berimu dua kali ganda taruhan”.

“Oh, saya tidak tahu”, katanya tapi dia sedang menimbang cadangan itu. Kawannya tidak perlu beli minuman sepanjang petang dan dia ada sembilan puluh lapan sen dari duit William.

“Baiklah, tapi saya perlu bawa keluar anjing itu untuk Gypsy nombor satu. Pundi kencingnya tidak sekuat dulu”.

“Kamu boleh kata begitu pada kita semua”, jawab Dai. “Kamu buatlah dan saya juga perlu ke tandas”.

Kiddy melepas di parkir kereta dan melihat ke tempat lain dari William dengan malu seperti selalunya jika buang air dan kemudian mula berjalan pulang. William bersiul dan buka pintu untuknya. Anjingnya bergegas ke dalam dan mengambil tempat masing-masing.

“Saya perlukan itu”, kata Dai sambil menghulur sebuku daun terup untuk ditebar, “dan nampaknya anjingmu juga”.

“Dia ingat dia akan balik makan malam, jadi saya cuma boleh tinggal sejam sahaja. Bergembiralah, Dai. Terimakasih untuk minuman”.

“Sama-sama”, jawabnya.

“Saya akan dapatkan balik duit saya dari kamu sekarang”.

“Tidak! Saya akan sebat punggung kamu. Nasib saya baik, saya boleh rasainya”.

Sembilan puluh minit dan dua gelas selepas itu, William bangun untuk pulang sekali lagi, dan Dai tidak cuba menahannya.

“Pergi tandas sekejap, lepas tu kita pulang. Saya tidakkan sampai sebelum pukul lapan sekarang. Saya tidak selincah dulu kamu tahu. Oh, dan sebungkus kacang, Harry, tolonglah”.

“Tiada masalah, kawan. Terimakasih untuk pengajaran di Crib, tapi saya hampir dapatkan kamu masa ini. Kamu memang bagus, kamu sangat bernasib baik, betul!”.

“Itu kemahiran, kawan! Saya sedang cuba mengajar kamu permainan itu selama empat puluh tahun. Tidakkah kamu rasa tiba masanya kamu beredar dan cuba snooker pula?”.

“Saya akan kalahkan kamu masa depan”.

“Dalam mimpi kamulah. Berseronoklah dengan hari lahir kamu. Bye semua, masa untuk naik bukit itu ke rumah”. Dia melihat sekeliling bilik itu, tapi sudah jangkakan yang tiada menawarkan menghantarnya pulang walau sebahagian jalan. Bila dia buka pintu, Kiddy sudah pun di hadapannya.

Kiddy selalunya bergerak dahulu keluar dari kampung, dan dia akan mengekori dua setengah ela di belakangnya. Dia pun tidak tahu kenapa anjingnya berjalan begitu, tapi dia syak yang anjingnya sedang memaksanya berjalan lebih laju. Bila mereka sampai ke jalan bukit itu, anjingnya bergerak lebih jauh ke depan, ke belakang dan di sisi kanannya.

Lima gelas lebih dari apa yang William biasa selalunya dan ia membuatnya menyanyi sendiri senyap-senyap sambil cuba untuk tidak jatuh semasa menaiki bukit. Dia suka nyanyi sajak yang dia belajar semasa di sekolah dan gereja. Dia tidak tahu satu pun lagu moden, kecuali dari Max Boyce yang mereka nyanyikan di pub semasa perlawanan ragbi antarabangsa, dan dia bangga kerananya. Kebanyakkan sajak boleh dinyanyinya dalam Welsh dan Inggeris, tapi dia lebih suka versi Welsh.

Empat puluh minit kemudian, William menghampiri persimpangan yang ada sebuah lagi batu yang mereka selalunya berehat di atasnya di bahagian cerun rumahnya. Dia meraba poket jaketnya untuk bungkusan kacang yang dia kongsi dengan Kiddy sebelum meneruskan perjalanan terakhir yang pendek ke rumah. Ianya lebih kepada saguhati untuk berhenti dari keperluan. Kedua-duanya menikmati waktu rehat mereka, juga kudapannya dan mengisi masa kehidupan dalam persaraan. Semasa dia memusing di persimpangan, dia mula bertanya-tanya di mana Kiddy. Ianya tidak biasa bagi anjingnya tidak memeriksanya setiap beberapa minit.

Selepas itu dia nampaknya. Dia terbaring atas tanah dekat batu itu. Ianya sangat anih yang anjngnya tidak duduk di tempat biasa sebelah kanan batu itu.

Dia mempercepatkan berjalan. Lima puluh ela darinya, anjngnya menendang, melengkungkan belakangnya dan kemudian tidak bergerak. Dia mula berlari dan memanggil namanya, tapi anjingnya tidak menjawab.

Dia melutut atas tanah keras, tapi tangisannya bukan kerana itu. Dia boleh nampak yang kawannya sakit jantung dan tidak berjaya mengharunginya.

William memeluknya atas ribanya dan menangis seperti budak. Selepas tiga puluh atau empat puluh minit kemudian, dia mengangkatnya dengan tangan kanan dan cuba berdiri tapi tidak mampu. Lututnya terlalu lemah, jadi dia merangkak ke batu itu dan guna tangan kirinya untuk berdiri. Dia duduk atas batu itu dengan anjingnya di atas riba dan menangis lagi. ‘Dia tidak pun jamah kacangnya!’ fikirnya dan merasa sakit pada tangan kiri. Kekejangan kuat pada dadanya dan dia mengerang sambil dia dan Kiddy jatuh dari batu itu ke rumput nipis di bawahnya.

Satu Malam Di Annwn

Подняться наверх